Tuesday, August 24, 2010

Dengar dan pahamkan.

Saturday, May 29, 2010

Gambar2 bersejarah dan nostalgia

Selepas kerja2 menyelamat harga peninggalan arwah ada lagi jumpa benda2 yang berharga.
Benda nih memang tak ternilai harganya yang merupakan gambar2 lama keluarga kawangit.
Macam2 sejarah telah terbongkar daripada gambar2 ini..Banyak kenangan  yang menarik.
Mengingatkan kembali sejarah lama keluarga memang seronok dan menarik untuk dapat dibuat tatapan.
Alhamdulillah scanner dah ok.Jadi boleh la upload gambar2 yang amat nostalgia ini.
Jom mari tengok:
click tuk gambar lebih besar.


Arwah Hj Kawangit dan Hj Nor


Wednesday, April 7, 2010

Laman web rasmi kampung olak lempit

Kampung olak lempit telah mempunyai laman web rasminya.Laman web kampung olak lempit telah dirasmikan oleh YB Dato Hj Marsum Paing, DUN Dengkil.
Jom masuk web site olak lempit ini.
Laman Web rasmi:
http://www.olaklempit.com/
Blog rasmi:
http://olaklempit.blogspot.com/

Majlis perkahwinan dan persandingan akmal dan shafina

Gambar2 pada majlis perkahwinan dan persandingan yang berlangsung pada 28 februari lepas.....serba serbi biru.kebetulan sama macam tema blog nih.





Monday, April 5, 2010

Majlis Nikah Akmal dan Shafina

dah lama tak update blog ini..
Kali ini update majlis nikah akmal pada akhir bulan februari lepas.
Majlis pernikahan ini berlangsung di Masjid Al-Khairat Kampung Olak Lempit.



Tuesday, February 2, 2010

Khutbah Terakhir Rasullah S.A.W.

Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.
Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.

Sunday, January 24, 2010

Gambar Abg Zali & Kak Watie di Beijing, China 14 hingga 18 Januari 2010







Friday, January 1, 2010

ASAL USUL API DI DUNIA INI


Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa asalnya
kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana
kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan
Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia utk
kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan utk meminta api
tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

jibril : wahai zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka
utk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.
zabaniah : sebanyak mana sedikit itu ?
jibril : sebesar kurma. .
zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya
akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.
jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...
zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan
di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan
tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah
untk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia.
Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja
dari api neraka utk di bawa ke dunia.
 Maka jibril as pun mengambil api
neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana 
kepanasan yg
keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukkan dgn
mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah
sungai. = 70 x 70

Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan
diatas sebuah bukit yg tinggi
 tetapi sejurus setelah diletakkan tiba-tiba
bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api
tersebut dan dihantar semula ke neraka
. Hanya sisa-sisanya sajalah yang
terdapat di dunia 
ini spt api yg sering kita gunakan utk berbagai
keperluan dan juga api yg terdapat di gunung berapi dll lagi.

PENGAJARAN : 
Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yg terpaksa
disejukkan dlm 70 buah sungai dgn sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya
sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasannya
bagaimana dgn api di neraka itu sendiri.



credit:http://loveallah.blogdrive.com/

Rahsia Solat Awal Waktu

Ditulis oleh Ustaz Zahazan (Pensyarah UIAM)
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini
yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan
warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang
fotografi.

Pada waktu Subuh
Alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi
tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan
penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya
ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi
masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti
berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) -
dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia
diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap
optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada
waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah
mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna
kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini
bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem
penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan
keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulangulang
kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat
cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar
di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus,
ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi
kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Dan jangan
lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.



Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap
dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana
spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini
bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan
dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti
dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens
(pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia
waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan
tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki
fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di
mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap
ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. 
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah
jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar
pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada
waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini
sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor
adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan
sebagainya. 
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat
oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga
alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat
ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana
Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi
kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin
dalam menghadiri kelas taichinya .



credit to:http://parliewalla360.blogspot.com/